Mari Belajar Bahasa Sarawak

11 02 2011

Dialek Sarawak

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Dialek Sarawak atau Bahasa Melayu Sarawak ialah bahasa daerah yang digunakan oleh penduduk di Sarawak dalam kehidupan seharian.Ia mempunyai beberapa persamaan dengan Bahasa Melayu Brunei.

Berikut adalah beberapa perkataan di dalam dialek Sarawak.

Kamek

Kamek bermaksud saya di dalam bahasa Melayu. Contohnya “Kamek ada kereta” bermaksud “Saya ada kereta”.

Kata “Kame'” adalah ungkapan halus yang biasa diucapkan oleh anak-anak terhadap orang yang lebih tua.

Kata “Saye” juga sama halusnya dengan kata “Kame'”. Jika “Kame'” umumnya digunakan terhadap sesama keluarga dan orang terdekat dengan kita, tetapi tak terlalu pantas digunakan terhadap orang yang baru kita kenal. Misalkan dengan orang yang kita barusan bertemu di atas Bis. Sedangkan kata “Saye” bisa digunakan terhadap keluarga dan orang terdekat dan orang yang telah lama kita kinal, dan juga pantas dan layak saja jika kita gunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang baru kita kenal.

Kata ini juga umumnya dipakai di Kalimantan Barat, misalkan pada Bahasa Melayu Logat Pontianak dan Logat Mempawah, dan logat lainnya yang ada di Kalimantan Barat

Kitak

Kitak bermaksud awak di dalam bahasa Melayu. Contohnya “Kitak ada kereta” bermaksud “Awak ada kereta”.

Di dalam Bahasa Melayu Logat Kalimantan Barat (Logat Pontaianak dan Logat Mempawah misalkan), kata “Kitak” berarti kalian. Sedangkan awak=kau=anda

Molah

Molah bermaksud buat di dalam bahasa Melayu. Contohnya “Kamek gik molah kerja” bermaksud “Saya sedang buat kerja”.

Sik

Sik bermaksud tidak di dalam bahasa Melayu. Contohnya “Kamek sik tauk” bermaksud :Saya tidak tahu”.

Selain daripada itu terdapat banyak perkataan dalam bahasa sarawak yang terlalu jauh bunyinya daripada bahasa Malaysia. Contohnya;

  • Kenak = Kenapa
  • Kenak = Kena
  • Tangga = Tengok/Lihat
  • Diat = Lihat/Tengok
  • Tunggah = Panggil
  • Padah = Beritahu
  • Engkah = Letak
  • Embak = Bawa
  • Mikik = Baiki
  • Kepak = Penat
  • Nekik = Daki\Panjat
  • Tempek = Tampal,(sama maksud ‘tepek’ bgi longat kelantan)
  • Lonjong = Panjang
  • Asuk = Anjing
  • Pusak = Kucing
  • Manok = Ayam
  • …indah = ‘pengguat ayat’ contohnya; pande sakit indah bila urang nyurohnya belaja. maksudnya, sakitlah pula apabila saya menyuruh dia belajar.
  • Geruk = Leher
  • Tengok(bukan sebutan tengok=lihat) = lihat dalam-dalam
  • plente = Bergurau
  • Pebulak = Penipu
  • Berolah = Nakal
  • Sinun = Sana / Situ (nun disinun = nun di sana)
  • Sitok = Sini (di sitok = di sini)
  • Tapak = Pinggan
  • Cangkir = Cawan
  • Kedak = macam (polah kedak tok juak = buat macam ni juga)
  • Polah = buat / lakukan
  • Dibah = Di bawah
  • Semangka = Tembikai
  • Gerek = Kekasih (Azura ya gerek Zaid = Azura tu kekasih Zaid)
  • Pusuk = Ikan Bilis
  • Lejuk =Jemu
  • Temu\Nemu = Jumpa
  • Jeraya\Leboh = Jalanraya
  • Singkol = Rasa pelik
  • Belon = Kapal Terbang
  • Gerek = Teman Lelaki / Wanita
  • Bergerek = Dating
  • Can = Teman Istimewa
  • Lan = Jom
  • Nerais = Teriak / Jerit
  • Nyering = Bunyi kuat
  • Entingal = Degil
  • Lawa = Sombong
  • Kacak = Cantik
  • Ceridak = Tak Terurus
  • Ngambor = Bersepah
  • Somet = Misai
  • Nyaman = Sedap

Terdapat juga bahasa melayu sarawak yang digunakan oleh orang-orang tua sarawak terutamnaya di Bahagian Kuching. Seperti:

  • Ladin = Pisau
  • Lang = Pintu
  • Sukut = sisi
  • Pagu = Para
  • Telok = Bilik
  • Diniari = Subuh
  • Pagi awal = Awal pagi
  • Gadong = Hijau
  • Kalas = Merah jambu
  • Ngkodok = Ungu
  • Minyak = cuma
  • Ngetor = Jalan-jalan (TOUR)

Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Sarawak belum termasuk kata nama, kata sifat, kata kerja, kata soal serta nahu-nahu yang perlu kita tahu dalam mempelajari Bahasa Sarawak

[To Be Continue]


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: